Assalamualaikum.
Pergh.....Baru balik dari BTN ni macam2 aku dapat. Input tentang negara tu confirm la kan, maksud aku tentang experience la. Untuk pengetahuan korang, dalam kem ni ada 10 orang je yang umur 19/batch paling muda. Senior2 lelaki memang mantap ah. Sporting, relax, friendly tapi yang nak aku ceritain di sini ialah tentang senior perempuan.
Masa pembahagian kumpulan, kami sebenarnya dah tertipu dengan fasilitator punya trick. Dia kata beratur satu group 5 orang iaitu 5 orang yang paling rapat atau ngam, bila dah buat macam tu, dia tak ambil kira kumpulan yang memanjang ke belakang, sebaliknya yang memanjang ke tepi. DAMMIT. Serius masa tu aku tension gila, tak ada siapa pun yang aku kenal. Dah la semua senior, yang aku kenal pun bukannya rapat.
So sebagai peserta paling muda, aku tak ada nak panggil abang ke, kakak ke, bagi aku kami semua sama je. Mula2 kami satu group dapat get along, sampai la satu masa tu aku perasan ada something tak kena. Ada seorang senior perempuan ni yang mula2 gelak2 dengan aku tiba2 dah tak layan. Siap tarik muka sampah lagi. Sumpah aku terasa. Tapi aku rilek lagi masa tu kan dan buat2 macam tak faham apa2 pun tapi aku sendiri memang dah tertunjuk aku punya kedinginan pula kat mereka. Bak kata kawan2 aku,
POIE LA MAM (pergi la mampus)
Satu yang paling aku perasan, mula2 diorang yang perempuan ni panggil aku 'A', dengan tak semena2 aku dengar diorang panggil aku adik dan bahasakan diri diorang 'akak'. Aku nak je sound kan, ingat takat umur 1,2,3 tahun lagi tua tu dah cukup best la nak buat macam tu? Akak aku sendiri yang jarak umur 4tahun pun aku tak panggil akak, inikan pula orang asing. Prinsip aku, aku takkan hormat orang yang baru kenal atas sebab faktor umur SAHAJA, aku pandang macam2 aspek yang bagi aku layak untuk aku hormat. Contohnya dalam group aku tu ada seorang senior lelaki tu umur dia tak la tua sangat, tapi aku hormat dia dan panggil dia abang sebab dia baik dan yang paling penting sekali dia dah ikut sunah yang aku belum mampu nak ikut iaitu berkahwin.
Adoi, hilang segala mood aku di pertengahan kem tu akibat perbuatan mereka. Dah la kem tak best, budak2 palat pula tu....Sakit hati bai. Biar la, apa yang dah lepas tu aku redha je tapi ni nak bagi peringatan kat korang yang perempuan la. Kalau dengan budak lelaki, yang rasa umur tak jauh mana, tunggu je respon budak tu, Kalau dia pangil akak, layan la tapi kalau dia guna kau-aku je, biar je, layan. Korang yang sabar dan bertolak ansur takkan rugi apa pun.
Apa2 pun, kita kat atas muka bumi ni jangan nak kerek sangat la kan. Kita ni semua habuk je atas muka bumi ni. Sekian, (grrr)
-firefireofthewall-
No comments:
Post a Comment