lamo bona pakcik tak jonguk blog nia... ontah apo ghoman eh skang......
hahah. sebelum ni aku ada post pasal dilema motor tu kan?
Dengan ini, saya dengan bangganya mempersembahkan......
SI GEMOKK!!!
eh, kejap kejap
SI BELANG!!! :D
woohoooo!!!! dari first time aku baca review dia kat paper masa sekolah dulu, (form 4 ke form 5 entah) aku dah gila kat benda ni dah. Serius mesin ini sangat kencang dan menggiurkan. Seksi gitu......YEAHIHI. Nak dijadikan cerita, aku tak pernah bawa motor clutch tangan ni. Tapi sebab minat gila punya pasal, tak ada aku belajar deh, sebab tak ada motor clutch pun kalau aku nak belajar, so aku belajar dalam mimpi je. Sumpah tak tipu aku pernah berapa kali mimpi bawa motor ni, main2 clutch, lebih2 tu aku praktis bawa kereta manual. Masa nak beli tu puas satu town aku pusing, riki harga yang paling best. Price range dia from RM7600-RM9000. Kedai yang nak tolak 9K tu sumpah kimak. Entah apa bodohnya entah nak tolak mahal2. Gilo mak pak eh..... Mula2 ayah suruh beli LC, aku usha la LC clutch juga, tu pun harga dah 7K. Bila mak aku dengar beza RM600 je, dia kata
"kalau takat RM600 je bezanya kau ambil je la belang."
Sumpah, aku dah terbang sampai Beaufort, Sabah masa aku dengar mak aku cakap macam tu. Happy gila weh, seminggu senyum aku tak turun. Makan pun susah. Esoknya tu mak ayah aku balik dari kursus, kitorang terus pergi kedai tu, deal. Mak aku bayar cash (total on the road RM8050.00) sebab malas tanggung hutang installment. Tu pun kad kredit weh, bukan duit tunai. Ingat abah aku CEO microsoft ke. Dah settle semua, cina tu kata boleh datang esok ambil motor.
Keesokan harinya,
(serius malam tadi aku tak tidur)
Sampai2 kat kedai je cina tu cakap
"motor belum settle la, isnin baru boleh dapat"
masa tu hari sabtu. Dalam hati aku dah down gila2 dah.
"adalah, saya main2 ja. hikhik"
Tak guno cina ni, nak game aku pula -_-'''. Tak apa, gua rilek. Dah settle semua, aku text kawan aku.
"weh, motor clutch kalau gear 1 tak boleh lepas clutch habis kan?"
Punyalah noob.....itu pun tak tahu. Seumur hidup tak pernah bawa motor clutch, tiba2 dah ada sebiji. Dengan muka yakin aku pun masuk gear satu dan bla. Nasib baik selamat sampai rumah. huhu. Esoknya terus angkut naik Triton balik kajang then hari kedua aku memiliki motosikal itu, aku menunggangnya di bandaraya kuala lumpur. Tuhan saja yang tahu betapa gentarnya aku bawa motor tu kat jalan sesak. Dah la tak mahir lagi. Akhirnya aku dah berjaya menguasai motor tersebut, sekarang aku seorang kaki Roket.
itu lah kisahnya, sekian :)
-firefireofthewall-
No comments:
Post a Comment