Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Entry kali ni aku nak cerita pasal benda yang paling common sekarang. Tersangat la common sampai orang dah tak endah dah pasal benda ni. Kalau ikut title mesti korang dah dapat agak kan? Yes, I'm going to talk about my smoking habit.
Duh...aku kalau nak ikutkan sejarah hisap rokok ni, pada usia 19 ni sebenarnya aku dah merokok selama 11 tahun. Macam gila bunyinya kan? Tu yang dari initial la, masa mula2 nak mengada2 dulu. Aku start serius bila aku masuk hostel masa darjah 4 tu. Aku bergaul dengan senior2 form 6 yang memang banyak bawa impact dalam hidup aku. Ni la salah satu impact dia. Diorang ajar aku cara nak inhale asap tu ke paru2, bukan setakat sedut dalam mulut then hembus. Tu orang bodoh je buat. Hahah.
Masa tu aku cuba macam2 jenis rokok supaya dapat jumpa yang sebati dengan aku. antara yang aku cuba masa tu termasuk la
- Pall Mall (light)
- Marlboro
- Perilly's
- White Horse
- Surya Gudang Garam
Semua rokok orang tua wa cakap lu, tapi yang lekatnya Pall Mall la pasal tu yang paling ringan. Sampai kantoi tu kat sana, ramai2 lagi. Memang gempak la kan kena buang masa darjah 4 sebab merokok kan? -_-'
Okay tak gempak, tu bodoh namanya. Bila dah pindah sekolah lain kat area Kuala Pilah (hometown) aku mula pengaruh orang lain. Ye la, tak ada geng kan.... Sampai abang aku sendiri tu aku ajar. Kalau mak aku tahu ni, mesti dia down gila....Sorry umi, masa tu budak2 lagi. Then aku ajar kawan2 terdekat. Sampai la nak dekat seluruh batch aku hisap rokok. Pernah tu kantoi sampai parents kitorang 'settle' beramai2 kat rumah. Hahah bodoh je kantoi. Ni semua kawan aku la, pandai sangat sorok belakang buku kat rak. Nak ditakdirkan, mak dia yang tak pernah2 kemas bilik dia dan2 masuk kemas. Then automatik la jumpa kat belakang buku tu. Sabar je la kan, benda dah jadi. Masa tu aku paling kuat hisap Gudang Garam atau lagi famous dengan nama Surya.
Then bila aku dapat masuk SBP tu automatically juga aku quit. Senior masa tu macam dewa kemusnahan do, serius. Kecut perut aku sampai aku form 3, tiba2 kawan baik aku kata dia smoke. Memang aku tak nak percaya mula2, then dia bawa aku pergi toilet, keluarkan winston, then dia sedut gitu je...Terkesima aku kejap, dan aku percaya cakap dia. Since then mula la balik aku smoking (betul la kata orang, pengaruh kawan ni kuat). Sampai form 5, aku start jadi tokan rokok kat sana. Kalau tak masa muda2 dulu aku jual maggi je. Tapi both businesses memang untung gila la. Masa tu aku dah upgrade rokok aku, tak main rokok biasa2. Aku try Lucky Strike sebab harga dia lagi mahal dari rokok lain. Tokan en, kena la up sikit.hahah
Antara rokok yang aku jual-
- Winston
- Dunhill
- Sempoerna
- Mild Seven
- SKL
- Marlboro
Sekarang ni dah lama tinggal bisnes. Dulu ada plan nak stop, berhenti la sebulan then tak dapat tahan la bila orang sekeliling aku semua smoke. So sekarang aku kembali kepada Surya, my old time favourite :)
Orang kata merokok mati awal kan? Kalau mati itu dah pasti, sama je merokok atau tidak. Bagi aku memang rokok ni haram, tapi ia lebih memudaratkan perokok kalau berhenti. Macam2 efek kot, ye la sebab badan dah selalu terima nikotin kan. Bila tak dapat meragam la.
Ni gambar stok aku dulu. Yang top 3 tu not for sale, para tokan yang punya
Aku just harap aku dapat stop betul2 suatu hari nanti, sebelum aku mati. InsyaAllah
-firefireofthewall-
No comments:
Post a Comment