Thursday, May 26, 2011

Fikiran Melayang-layang

Pukul 3 pagi
Superpower secawan
Surya sebatang

Aku tak tahu nak buat apa. Seriously. Nak packing pun macam tak semangat je tengok bilik macam ni.(tongkang jahanam,bukan takat pecah je)
Korang pernah tak rasa macam dilema bila ada orang confess kat korang then korang tak tahu nak reject macam mana?(kes jaga hati la ni). Seriously aku tengah hadapi benda ni. Walaupun sepatutnya 6bulan lepas lagi dah setel, aku pun tak faham kenapa. Aku ni dah la tak seberapa, tak tahu tang mana yang dia suka sangat tu. Aku pernah cakap kat dia yang aku takkan couple lagi sebab couple tu haram. Dan2 aku punya status kat facebook dah married to girlfriend aku tu. Kalau korang la yang kena, mesti korang sumpah aku sampai aku mati kan? Adoi sakit jiwa aku fikir pasal ni. Kalau boleh aku pun nak pegang kata2 aku tu, tapi apakan daya, aku ni manusia biasa...lemah.

Memang kita boleh berjanji kan, tapi susah sangat sebenarnya nak kotakan janji ni....lagi2 kalau kes cinta2 ni...
Macam tak matang pun ada rasanya, tapi cuba korang duduk kat tempat aku ni. Susah beb, seriously. Tadi dia tu ada IM aku kat facebook. Dah berzaman dia tak tegur aku. Macam ni la chat kitorang-

she : kau betul2 dah couple ke??
me : aku pun tak tahu. aku cuba cari sesuatu untuk ubah aku.
she : then, dah jumpa??
me : hopefully. Allah je yang tahu. siapa kita ni nak decide kan?
she : hmm...siapa?
me : kat profile aku tu.
she : si B?
me : bukan, yang married tu la (aku letak status aku dengan girlfriend aku tu as married). the first thing aku janji dengan dia, aku takkan sentuh dia walau sikit pun. aku akan cuba ikut jalan yang betul semampu aku.
she : hmm...bagus la. aku offline, selamat malam.
me : selamat malam, assalamualaikum.
she : waalaikumussalam :(
me : "sesungguhnya Allah la yang menetukan segala sesuatu" jangan la fikirkan sangat ye ;)

Start dia tulis dia offline tu, aku tahu dia heartbroken sangat. Teruknya aku kan? Sebab janji aku tak mampu kotakan, aku hancurkan hati orang lain. Dah 2 dosa kat situ. Astaghfirullah. Tapi tak apa la, aku ni manusia biasa je, banyak kelemahan. Tak semestinya apa yang aku cakap tu aku boleh tunaikan. Korang pun macam tu juga kan? Memang, nobody's perfect. But at least we can try to be one. Aku? Hampeh.

Sekarang ni aku just berharap aku akan jadi lebih matang dengan kekasih hati ni, hormati dia sebagai seorang muslimah dan insyaAllah aku akan nikahi dia bila sampai waktunya, jika Allah mengizinkan. Kalau aku mati awal, siapa tahu kan?

Aku rasa cukup la tu setakat ni. Makin banyak aku fikirkan, makin sakit jiwa aku. Baik aku packing, esok nak pindah rumah baru (keluar hostel kan) yeay!!!

Kalau ada kesempatan aku tulis lagi.
bye2


-firefireofthewall-

No comments:

Post a Comment