"Jangan nak menipu sangat la kan......"
Mesti tu yang korang fikir bila tengok title tu kan? Well, bukan nak kata apa la but it really did happened to me once! Bila fikir2 balik, aku pun tergelak besar macam mana aku boleh sempoi habis masa tu, dengan tak fikir langsung, terus ikut kawan2 aku naik bas pergi KL. Naik bas ye, bukan kereta. Awal2 aku dah mati kutu, mana nak cekau duit tiket ni....Mana ada RM5 tiba2 nak turun dari langit dan jatuh kat aku seorang je kan. Hah meh aku story.
Masa tu lepas SPM, ada seorang kawan aku ni namanya I nak datang hangout dengan kitorang kat Seremban ni. Dia dari Terengganu, so kitorang decide nak turun KL ramai2 je. Bila aku raba poket aku, aku dapat rasa tiupan sayup angin kekecewaan. Mana la pergi duit2 aku sebelum ni? Enjoy sangat sampai tak perasan yang sebenarnya wallet aku ada 1je not yang gambar pantai dengan wau tu. Yes, RM1.
WHAT THE FROG?!!
Macam mana aku nak follow ni? Tapi tak apa, aku redah je sebab kawan aku si Z kata yang I ni support semua. Aku macam tak berapa nak percaya la statement tu kan, tapi aku ambil risikonya. Bila dah jumpa I kat terminal bas Seremban tu, aku yang tengah sengal2 ubi masa tu memikirkan RM5 yang tak turun2 dari langit (puas aku tunggu) dengan muka setebal konkrit Berlin Wall, try pau I.
me : I, kau payung aku tiket eh. eh. eh.
I : kau nak aku payung kau tiket je? yang lain2 kat KL nanti kau tak nak?
Tiba2 aku rasa macam tengah cakap dengan dewa boroi yang pegang emas berkati2 tu. Pergh, macam dapat rahmat do....Aku tak tahu la aku ada buat benda2 baik ke apa sebelum tu kan, tapi memang aku happy gila la masa tu. Hahah. So kitorang pun terus naik bas ramai2 ke KL.
Sampai2 kat sana kitorang pun buat aktiviti survival macam masa sekolah2 dulu. Jalan kaki seluruh KL tanpa hala tuju. Macam2 tempat yang kitorang biasa pergi, kitorang kunjung semula, kenangan la kononnya an. Member aku si H pula ayah dia seorang ASP kat satu balai area KL tu. So malam tu ayah dia belanja kitorang satu bilik kat hotel Olimpik (kot) dekat2 dengan Stadium Merdeka tu. Mula2 rest dulu kat atas tu, then kitorang turun pergi makan dan shopping sikit2. Ah lupa, petang tu kitorang pergi Pertama kompleks, tempat kitorang shopping t-shirt2 bands. Masa kat kedai tu aku pun tengok2 je la baju2 tu macam orang kempunan + tak mampu. Tiba2 I tanya lagi.
I : kau tak nak baju ke?
me : kau nak payung lagi ke I?
I : kalau nak ambil la, kita genapkan harga.
Lagi sekali aku rasa dewa boroi tu tengah belai2 kepala aku. Hahahah seriously aku dah teramat gembira masa tu!!! Then dapat la T-shirt sehelai. Eh ke dua entah? Aku pun tak ingat. Thanks I, sayang kau gila bantal do! Lepas tu masa makan malam tu, dia bagi aku RM50 (kepala agung kedua terbesar!) untuk share dengan lagi 2orang kawan aku yang senasib. Hahah, korang ingat aku seorang je pokai? So ada la baki sikit. Pagi esoknya aku dah tak sanggup nak pau I sebab bagi aku dah cukup banyak dah tu. Diorang nak naik genting sebenarnya, so aku pun buat keputusan untuk balik je dengan menggunakan mak aku sebagai point utama :p (alasan umi panggil balik) Sebelum balik pula, I tanya aku lagi.
I : weh kau ada duit tak nak balik?
me : ada la sikit. entah la (ayat kasihan) :p
I : (raba2 poket,keluarkan baki yang ada) nah, ambil la buat duit balik.
me : wah...gila baik kau I, terima kasih gila do, aku ingat ni sampai aku mati.
Baki kat poket dia masa tu lebih kurang RM40++ la. Gila, tiket RM6 je kot. Masa tu dia baru lepas mandi, aku ternampak wallet dia kat atas rak, dalam tu aku rasa ada kepala agungs yang berlipat dua, setebal 1.5cm lagi. Setelah apa yang dia belanjakan (jadi bapa kami bertiga), still tebal tu? Aku tak tahu la berapa juta abah dia bagi tapi still aku teramatlah grateful. Aku balik Seremban sambil tersengih2 macam kerang busuk sampai la kat rumah. Bila aku tengok balik, ye, memang aku takjub dengan apa yang terjadi.
RM1, aku dapat tshirt bernilai RM30 2helai, makan tanggung, tidur hotel, duit belanja RM50++.
Lebih seratus tu bai....aku tak rasa aku akan jumpa lagi orang macam ni kat mana2 pada masa akan datang. But it was a very nice hangout though, yeah, i miss the old times.
Lain kali kita survival lagi ye geng? Hahah gua chow dulu.
-firefireofthewall-
No comments:
Post a Comment