Tuesday, May 31, 2011

Bawa La Masuk Seniority Kau Tu Sekali Dalam Kubur Nanti

Assalamualaikum.
Pergh.....Baru balik dari BTN ni macam2 aku dapat. Input tentang negara tu confirm la kan, maksud aku tentang experience la. Untuk pengetahuan korang, dalam kem ni ada 10 orang je yang umur 19/batch paling muda. Senior2 lelaki memang mantap ah. Sporting, relax, friendly tapi yang nak aku ceritain di sini ialah tentang senior perempuan.

Masa pembahagian kumpulan, kami sebenarnya dah tertipu dengan fasilitator punya trick. Dia kata beratur satu group 5 orang iaitu 5 orang yang paling rapat atau ngam, bila dah buat macam tu, dia tak ambil kira kumpulan yang memanjang ke belakang, sebaliknya yang memanjang ke tepi. DAMMIT. Serius masa tu aku tension gila, tak ada siapa pun yang aku kenal. Dah la semua senior, yang aku kenal pun bukannya rapat.

So sebagai peserta paling muda, aku tak ada nak panggil abang ke, kakak ke, bagi aku kami semua sama je. Mula2 kami satu group dapat get along, sampai la satu masa tu aku perasan ada something tak kena. Ada seorang senior perempuan ni yang mula2 gelak2 dengan aku tiba2 dah tak layan. Siap tarik muka sampah lagi. Sumpah aku terasa. Tapi aku rilek lagi masa tu kan dan buat2 macam tak faham apa2 pun tapi aku sendiri memang dah tertunjuk aku punya kedinginan pula kat mereka. Bak kata kawan2 aku,

POIE LA MAM (pergi la mampus)

Satu yang paling aku perasan, mula2 diorang yang perempuan ni panggil aku 'A', dengan tak semena2 aku dengar diorang panggil aku adik dan bahasakan diri diorang 'akak'. Aku nak je sound kan, ingat takat umur 1,2,3 tahun lagi tua tu dah cukup best la nak buat macam tu? Akak aku sendiri yang jarak umur 4tahun pun aku tak panggil akak, inikan pula orang asing. Prinsip aku, aku takkan hormat orang yang baru kenal atas sebab faktor umur SAHAJA, aku pandang macam2 aspek yang bagi aku layak untuk aku hormat. Contohnya dalam group aku tu ada seorang senior lelaki tu umur dia tak la tua sangat, tapi aku hormat dia dan panggil dia abang sebab dia baik dan yang paling penting sekali dia dah ikut sunah yang aku belum mampu nak ikut iaitu berkahwin.

Adoi, hilang segala mood aku di pertengahan kem tu akibat perbuatan mereka. Dah la kem tak best, budak2 palat pula tu....Sakit hati bai. Biar la, apa yang dah lepas tu aku redha je tapi ni nak bagi peringatan kat korang yang perempuan la. Kalau dengan budak lelaki, yang rasa umur tak jauh mana, tunggu je respon budak tu, Kalau dia pangil akak, layan la tapi kalau dia guna kau-aku je, biar je, layan. Korang yang sabar dan bertolak ansur takkan rugi apa pun.

Apa2 pun, kita kat atas muka bumi ni jangan nak kerek sangat la kan. Kita ni semua habuk je atas muka bumi ni. Sekian, (grrr)


-firefireofthewall-

Thursday, May 26, 2011

RM1 > Naik KL > Tidur Hotel > Shopping > Balik

"Jangan nak menipu sangat la kan......"

Mesti tu yang korang fikir bila tengok title tu kan? Well, bukan nak kata apa la but it really did happened to me once! Bila fikir2 balik, aku pun tergelak besar macam mana aku boleh sempoi habis masa tu, dengan tak fikir langsung, terus ikut kawan2 aku naik bas pergi KL. Naik bas ye, bukan kereta. Awal2 aku dah mati kutu, mana nak cekau duit tiket ni....Mana ada RM5 tiba2 nak turun dari langit dan jatuh kat aku seorang je kan. Hah meh aku story.

Masa tu lepas SPM, ada seorang kawan aku ni namanya I nak datang hangout dengan kitorang kat Seremban ni. Dia dari Terengganu, so kitorang decide nak turun KL ramai2 je. Bila aku raba poket aku, aku dapat rasa tiupan sayup angin kekecewaan. Mana la pergi duit2 aku sebelum ni? Enjoy sangat sampai tak perasan yang sebenarnya wallet aku ada 1je not yang gambar pantai dengan wau tu. Yes, RM1.

WHAT THE FROG?!!

Macam mana aku nak follow ni? Tapi tak apa, aku redah je sebab kawan aku si Z kata yang I ni support semua. Aku macam tak berapa nak percaya la statement tu kan, tapi aku ambil risikonya. Bila dah jumpa I kat terminal bas Seremban tu, aku yang tengah sengal2 ubi masa tu memikirkan RM5 yang tak turun2 dari langit (puas aku tunggu) dengan muka setebal konkrit Berlin Wall, try pau I.

me : I, kau payung aku tiket eh. eh. eh.
I : kau nak aku payung kau tiket je? yang lain2 kat KL nanti kau tak nak?

Tiba2 aku rasa macam tengah cakap dengan dewa boroi yang pegang emas berkati2 tu. Pergh, macam dapat rahmat do....Aku tak tahu la aku ada buat benda2 baik ke apa sebelum tu kan, tapi memang aku happy gila la masa tu. Hahah. So kitorang pun terus naik bas ramai2 ke KL.

Sampai2 kat sana kitorang pun buat aktiviti survival macam masa sekolah2 dulu. Jalan kaki seluruh KL tanpa hala tuju. Macam2 tempat yang kitorang biasa pergi, kitorang kunjung semula, kenangan la kononnya an. Member aku si H pula ayah dia seorang ASP kat satu balai area KL tu. So malam tu ayah dia belanja kitorang satu bilik kat hotel Olimpik (kot) dekat2 dengan Stadium Merdeka tu. Mula2 rest dulu kat atas tu, then kitorang turun pergi makan dan shopping sikit2. Ah lupa, petang tu kitorang pergi Pertama kompleks, tempat kitorang shopping t-shirt2 bands. Masa kat kedai tu aku pun tengok2 je la baju2 tu macam orang kempunan + tak mampu. Tiba2 I tanya lagi.

I : kau tak nak baju ke?
me : kau nak payung lagi ke I?
I : kalau nak ambil la, kita genapkan harga.

Lagi sekali aku rasa dewa boroi tu tengah belai2 kepala aku. Hahahah seriously aku dah teramat gembira masa tu!!! Then dapat la T-shirt sehelai. Eh ke dua entah? Aku pun tak ingat. Thanks I, sayang kau gila bantal do! Lepas tu masa makan malam tu, dia bagi aku RM50 (kepala agung kedua terbesar!) untuk share dengan lagi 2orang kawan aku yang senasib. Hahah, korang ingat aku seorang je pokai? So ada la baki sikit. Pagi esoknya aku dah tak sanggup nak pau I sebab bagi aku dah cukup banyak dah tu. Diorang nak naik genting sebenarnya, so aku pun buat keputusan untuk balik je dengan menggunakan mak aku sebagai point utama :p (alasan umi panggil balik) Sebelum balik pula, I tanya aku lagi.

I : weh kau ada duit tak nak balik?
me : ada la sikit. entah la (ayat kasihan) :p
I : (raba2 poket,keluarkan baki yang ada) nah, ambil la buat duit balik.
me : wah...gila baik kau I, terima kasih gila do, aku ingat ni sampai aku mati.

Baki kat poket dia masa tu lebih kurang RM40++ la. Gila, tiket RM6 je kot. Masa tu dia baru lepas mandi, aku ternampak wallet dia kat atas rak, dalam tu aku rasa ada kepala agungs yang berlipat dua, setebal 1.5cm lagi. Setelah apa yang dia belanjakan (jadi bapa kami bertiga), still tebal tu? Aku tak tahu la berapa juta abah dia bagi tapi still aku teramatlah grateful. Aku balik Seremban sambil tersengih2 macam kerang busuk sampai la kat rumah. Bila aku tengok balik, ye, memang aku takjub dengan apa yang terjadi.

RM1, aku dapat tshirt bernilai RM30 2helai, makan tanggung, tidur hotel, duit belanja RM50++.

Lebih seratus tu bai....aku tak rasa aku akan jumpa lagi orang macam ni kat mana2 pada masa akan datang. But it was a very nice hangout though, yeah, i miss the old times.

Lain kali kita survival lagi ye geng? Hahah gua chow dulu.


-firefireofthewall-

Fikiran Melayang-layang

Pukul 3 pagi
Superpower secawan
Surya sebatang

Aku tak tahu nak buat apa. Seriously. Nak packing pun macam tak semangat je tengok bilik macam ni.(tongkang jahanam,bukan takat pecah je)
Korang pernah tak rasa macam dilema bila ada orang confess kat korang then korang tak tahu nak reject macam mana?(kes jaga hati la ni). Seriously aku tengah hadapi benda ni. Walaupun sepatutnya 6bulan lepas lagi dah setel, aku pun tak faham kenapa. Aku ni dah la tak seberapa, tak tahu tang mana yang dia suka sangat tu. Aku pernah cakap kat dia yang aku takkan couple lagi sebab couple tu haram. Dan2 aku punya status kat facebook dah married to girlfriend aku tu. Kalau korang la yang kena, mesti korang sumpah aku sampai aku mati kan? Adoi sakit jiwa aku fikir pasal ni. Kalau boleh aku pun nak pegang kata2 aku tu, tapi apakan daya, aku ni manusia biasa...lemah.

Memang kita boleh berjanji kan, tapi susah sangat sebenarnya nak kotakan janji ni....lagi2 kalau kes cinta2 ni...
Macam tak matang pun ada rasanya, tapi cuba korang duduk kat tempat aku ni. Susah beb, seriously. Tadi dia tu ada IM aku kat facebook. Dah berzaman dia tak tegur aku. Macam ni la chat kitorang-

she : kau betul2 dah couple ke??
me : aku pun tak tahu. aku cuba cari sesuatu untuk ubah aku.
she : then, dah jumpa??
me : hopefully. Allah je yang tahu. siapa kita ni nak decide kan?
she : hmm...siapa?
me : kat profile aku tu.
she : si B?
me : bukan, yang married tu la (aku letak status aku dengan girlfriend aku tu as married). the first thing aku janji dengan dia, aku takkan sentuh dia walau sikit pun. aku akan cuba ikut jalan yang betul semampu aku.
she : hmm...bagus la. aku offline, selamat malam.
me : selamat malam, assalamualaikum.
she : waalaikumussalam :(
me : "sesungguhnya Allah la yang menetukan segala sesuatu" jangan la fikirkan sangat ye ;)

Start dia tulis dia offline tu, aku tahu dia heartbroken sangat. Teruknya aku kan? Sebab janji aku tak mampu kotakan, aku hancurkan hati orang lain. Dah 2 dosa kat situ. Astaghfirullah. Tapi tak apa la, aku ni manusia biasa je, banyak kelemahan. Tak semestinya apa yang aku cakap tu aku boleh tunaikan. Korang pun macam tu juga kan? Memang, nobody's perfect. But at least we can try to be one. Aku? Hampeh.

Sekarang ni aku just berharap aku akan jadi lebih matang dengan kekasih hati ni, hormati dia sebagai seorang muslimah dan insyaAllah aku akan nikahi dia bila sampai waktunya, jika Allah mengizinkan. Kalau aku mati awal, siapa tahu kan?

Aku rasa cukup la tu setakat ni. Makin banyak aku fikirkan, makin sakit jiwa aku. Baik aku packing, esok nak pindah rumah baru (keluar hostel kan) yeay!!!

Kalau ada kesempatan aku tulis lagi.
bye2


-firefireofthewall-

Hisap Mati, Tak Hisap Pun Mati

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Entry kali ni aku nak cerita pasal benda yang paling common sekarang. Tersangat la common sampai orang dah tak endah dah pasal benda ni. Kalau ikut title mesti korang dah dapat agak kan? Yes, I'm going to talk about my smoking habit.

Duh...aku kalau nak ikutkan sejarah hisap rokok ni, pada usia 19 ni sebenarnya aku dah merokok selama 11 tahun. Macam gila bunyinya kan? Tu yang dari initial la, masa mula2 nak mengada2 dulu. Aku start serius bila aku masuk hostel masa darjah 4 tu. Aku bergaul dengan senior2 form 6 yang memang banyak bawa impact dalam hidup aku. Ni la salah satu impact dia. Diorang ajar aku cara nak inhale asap tu ke paru2, bukan setakat sedut dalam mulut then hembus. Tu orang bodoh je buat. Hahah.

Masa tu aku cuba macam2 jenis rokok supaya dapat jumpa yang sebati dengan aku. antara yang aku cuba masa tu termasuk la

- Pall Mall (light)
- Marlboro
- Perilly's
- White Horse
- Surya Gudang Garam

Semua rokok orang tua wa cakap lu, tapi yang lekatnya Pall Mall la pasal tu yang paling ringan. Sampai kantoi tu kat sana, ramai2 lagi. Memang gempak la kan kena buang masa darjah 4 sebab merokok kan? -_-'
Okay tak gempak, tu bodoh namanya. Bila dah pindah sekolah lain kat area Kuala Pilah (hometown) aku mula pengaruh orang lain. Ye la, tak ada geng kan.... Sampai abang aku sendiri tu aku ajar. Kalau mak aku tahu ni, mesti dia down gila....Sorry umi, masa tu budak2 lagi. Then aku ajar kawan2 terdekat. Sampai la nak dekat seluruh batch aku hisap rokok. Pernah tu kantoi sampai parents kitorang 'settle' beramai2 kat rumah. Hahah bodoh je kantoi. Ni semua kawan aku  la, pandai sangat sorok belakang buku kat rak. Nak ditakdirkan, mak dia yang tak pernah2 kemas bilik dia dan2 masuk kemas. Then automatik la jumpa kat belakang buku tu. Sabar je la kan, benda dah jadi. Masa tu aku paling kuat hisap Gudang Garam atau lagi famous dengan nama Surya.

Then bila aku dapat masuk SBP tu automatically juga aku quit. Senior masa tu macam dewa kemusnahan do, serius. Kecut perut aku sampai aku form 3, tiba2 kawan baik aku kata dia smoke. Memang aku tak nak percaya mula2, then dia bawa aku pergi toilet, keluarkan winston, then dia sedut gitu je...Terkesima aku kejap, dan aku percaya cakap dia. Since then mula la balik aku smoking (betul la kata orang, pengaruh kawan ni kuat). Sampai form 5, aku start jadi tokan rokok kat sana. Kalau tak masa muda2 dulu aku jual maggi je. Tapi both businesses memang untung gila la. Masa tu aku dah upgrade rokok aku, tak main rokok biasa2. Aku try Lucky Strike sebab harga dia lagi mahal dari rokok lain. Tokan en, kena la up sikit.hahah
Antara rokok yang aku jual-

- Winston
- Dunhill
- Sempoerna
- Mild Seven
- SKL
- Marlboro

Sekarang ni dah lama tinggal bisnes. Dulu ada plan nak stop, berhenti la sebulan then tak dapat tahan la bila orang sekeliling aku semua smoke. So sekarang aku kembali kepada Surya, my old time favourite :)
Orang kata merokok mati awal kan? Kalau mati itu dah pasti, sama je merokok atau tidak. Bagi aku memang rokok ni haram, tapi ia lebih memudaratkan perokok kalau berhenti. Macam2 efek kot, ye la sebab badan dah selalu terima nikotin kan. Bila tak dapat meragam la.
Ni gambar stok aku dulu. Yang top 3 tu not for sale, para tokan yang punya


Aku just harap aku dapat stop betul2 suatu hari nanti, sebelum aku mati. InsyaAllah


-firefireofthewall-

Wednesday, May 25, 2011

LC baru ke Belang?

Ahha.... Kali ni aku nak share pasal plan motosikal aku yang akan datang. Teruja beb bila nak dapat motor sendiri ni....Tapi yang tak bestnya mak aku yang pilih, bukan aku....Kalau diberi peluang, memang aku nak Suzuki Belang 150 r je. Idaman hati tu....baru la ada gaya masked rider sikit.hahah.

Satu malam tu, geng aku dari Seremban datang ambil aku kat kolej sebab nak pergi tengok member aku perform sebagai trombonist band The Caesar kat the Red Bungalow , sebelah restoran Pelita kat town. Dalam kereta tu tiba2 mak aku call, tanya pasal rumah sewa, nak beli kereta atau motor, macam2 la. Mak aku nak belikan kereta tapi aku insisted nak motor. Macam bangang je bunyinya kan? Hahah tapi tu la, kalau korang belajar kat kolej aku korang tahu la macam mana. Dah la sebelah jalan besar, jalan utama pula tu. Dengan aku yang selalu bangun masa2 ayam dah pergi mengais ni, memang stuck berjam2 la kalau naik kereta. Nak kena jaga maintenance lagi, minyak, tol, pergh rabak poket aku dengan elaun yang sekecil semut ni.....So aku prefer motor, kalau lambat pun boleh mencelah2. Mat rempit la den lopeh ni....-_-'
Tak lama lepas tu satu mesej datang menerajang inbox dan minda aku. Macam ni la bunyi dia-

"Wahai anak umi yang soleh, hafal surah as-sajadah, balik nanti baca depan umi. Kalau hafal umi beli motor baru. Motor LC berapa RM?"

MOTOR LC BERAPA RM?

Dush.....ka ching ching.....berderai jantungku menyembah dasar usus...Umi, saya nak Belang T-T
Serius aku kecewa gila masa tu. Yela, sebab dia dah tanya harga tu. Kalau aku sebut harga LC yang just RM66++ tu dengan Belang yang RM79++, korang agak dia bagi chance ke kat aku? Konfem tak kan? So aku pun bersedih la beberapa hari...(ecececeh) Bila aku bincang balik dengan housemate aku, dia ajak aku keluar LC sama2 then convert X1R sama2 dan buat custom airbrush set masing2 (aku cadang nak buat set Lucky Strike :D). Bila aku fikir2 balik, macam best juga kan.....so aku pun macam nak redha je la. Hahah...Tapi hari sebelum tu aku ada post kat wall adik aku yang tinggal kat rumah-

"Mok, umi nak beli aku LC ke? Aku nak Belang laaaa....."

bila aku cek balik dia ada komen, dia kata

"Umi cakap kalau umi ada duit lebih umi beli"

Pergh....aku tak tahu nak respon macam mana, happy ada, gundah gulana pun ada. Yela, dah plan baik nak buat X1R kan. (gambar bawah ni la X1R)

Sini aku nak differentiate sikit between 2 motor ni-

YAMAHA LC 135
- 135cc
- 5gears
- tank kecil (4liter)
- Tak best jalan jauh
- Tak ada modes (kejap lagi aku add on)

SUZUKI BELANG 150 R
- 150cc
- 6gears
- tank besar sikit (tak ingat :p)
- Best jalan jauh sebab laju
- Ada 3modes (speed, regular, long distance)
modes tu akan determine berapa banyak minyak yang patut enjin gunakan. So kalau guna mode long distance masa balik kampung (bukan jauh sangat pun.hahah) tak la rabak sangat poket aku nak tala minyak.


Tapi sekarang ni yang aku paling risau, cuti dah dekat but surah sajadah aku baru hafal alif lam mim je....Apa ke gilanya aku ni en.....-_-'

Anyway aku nampak ramai budak2 sabah sarawak balik harini, tiket flight awal la tu. Tak apa, apa2 pun have a safe journey guys (walaupun aku tahu korang tak baca ni ^_^). Aku ketua kelas korang mana dapat balik awal, kena pergi kem BTN. Dammit. -_-!

til then peeps

-firefireofthewall-

Metamorphosis

Hidup aku yang diwarnai oleh muzik ni bagi aku la en, tersangatlah unik. Nak tahu kenapa? Kadang2 aku buat decision sebab ikutkan kata2 lirik2 lagu yang aku dengar. Hahah bunyi tak masuk akal gila.....Tapi tu la kenyataannya. Perasaan aku pun senang melayang ikut alunan muzik dan lirik. Agak2 tu la sebabnya alat muzik bertali ni tak berapa nak diterima kan....boleh melalaikan. Tapi aku take all of it from the positive sides la. Sejarahnya muzik2 yang aku dengar,memang panjang.

Masa sekolah rendah dulu kan zaman2 boyband....nak tak nak terpaksa la terpengaruh dengan lagu2 dan hairstyle mamat2 jambu poyo sekalian tu...hahah. boyband yang famous masa tu (okay aku mengaku aku ada dengar2 dan layan2 sikit juga)

- Backstreet Boys (jiwang haram)
- Westlife (jiwang nak mampus)
-O Town (ye kot?)
- N'Sync (justin timberlake budak2)

yang lain2 tu aku tak ingat. Tapi serius banyak la masa tu. Semua ni before aku masuk asrama. Aku masuk asrama masa umur 10. Since kat asrama tu aku exposed pada underground scenes macam punk, skinhead, grunge. So masa tu kira aku banyak kali terarah ke benda2 ni juga (kecuali skinhead) tapi sampai sekarang kalau ikutkan memang aku prefer punk. Macam orang tak ada masa depan je terpengaruh benda2 macam ni kan? 10 tahun kot beb,rilek sudin.....:D   But then, masa tu just terpengaruh dengan dressing dan lifestyle je. To be frank, aku buta pasal muzik lagi masa tu. Masa darjah 6 aku keluar hostel tu, pindah sekolah. Then aku dapat la tengok tv lagi often kan? So dapat la tengok band2 yang aku consider as punk(rock). Masa tu mula layan band2 ni.

- Good Charlotte
- Blink 182
- Greenday

Then aku masuk SBP. Ada la sekolah tu kan, mana boleh story sini...ahha :D
Masa kat situ aku dah mula bergaul dengan macam2 orang dan lagu2 aku pun bercambah. Antara band yang aku mula dengar masa tu ialah

- My Chemical Romance
- Butterfingers
- Sum 41
- The All American Rejects
- The Killers
- System of A Down
- The Ramones
- Muse
- Rage Against The Machine
(kalau ada lagi aku sumpah tak ingat)

Ni masa form 1. Pada satu ketika tu aku pergi camping, time form 3, then ada senior form 5 ni tengok aku lain macam je....(dressing aku kot) then dia tanya,"weh kau layan band apa?" aku sebut la "MCR, Blink 182, Good Charlotte, Greenday" pasal tu je band2 yang memang aku suka time tu then dia cakap, "hek eleh, band budak2...." PERGH!!!! Serius gua nak cepuk je kepala mamat kerek tu......siot betul. Tapi penghinaan yang dia bagi tu mula ubah hidup aku. Besar kot impak dia. Balik2 rumah aku terus cari band2 heavy metal, download banyak gila lagu. At that time aku start dengar band2 ni

- Children of Bodom
- Cradle of Filth
- Dimmu Borgir
- HIM

Then aku grow kat sekolah aku tu sambil mencari2 sinar metal lagi. Aku pun menjadi semakin rapat dengan seorang mamat ni, D, dia pun introduce aku band2 metal juga dan ada la seorang lagi mamat ni yang dipercayai pendengar metal sejak lahir. So aku pun baik2 la dengan dia. hahah. Masa tu aku start kenal dan minat band2 ni

- Metallica
- In Flames
- Atreyu
- Slipknot
- Trivium
- Apocalyptica
- The Sex Pistols
- Avenged Sevenfold
- Dream Theater
- Bullet For My Valentine
- Korn
- Lamb of God
(ada banyak terlepas pandang ni)

then menyusul pula
- Rancid
- A Skylit Drive
- Dropdead Gorgeous
- I Set My Friends On Fire
- Parkway Drive
- Caliban
- Cassandra
- Bring Me The Horizon
dan selautan band metalcore(yang ada scream2 macam jembalang bukit tu)

Hold on to lagu2 dari bands ni agak lama juga la....sampai habis sekolah la juga. Then lepas habis sekolah terjebak dengan lagi banyak band metalcore

- Miss May I
- As Blood Runs Black
- August Burns Red
- As I Lay Dying
- The Devil Wears Prada
- Salt The Wound
- Bleeding Through
- All That Remains
- Asking Alexandria
- Underoath
dan baaaaanyak lagi.....

tapi as time revolves, aku sedar yang muzik2 heavy sangat ni menyakitkan kepala. Serius tak tipu. So semakin meningkat kematangan ni (ye la sangat en) aku moves slowly. Kitaran muzik aku macam ni la-

punk rock > metal > metalcore > hardcore > post hardcore > new metal > alternative rock

so sekarang ni aku layan band2 yang main muzik gempak, suara sedap dan best layan.antaranya ialah

- Alesana
- +44
- Angels And Airwaves
- Alexisonfire
- Black Veil Brides
- Blessthefall
- Hopes Die Last
- Chiodos
- Circa Survive
- Coheed And Cambria
- Hoobastank
- Ivoryline
- Madina Lake
- P.O.D.
- Papa Roach
- Pierce The Veil
- Saosin
- Scary Kids Scaring Kids
- The Almost
- The Birthday Massacre
- Deathstars
- The Darkness
- Three Days Grace
- The Used
- The Ataris
- The Vines

banyak gila sebenarnya......Tak larat aku nak isi semua,nanti korang nak baca pun puas nak usha satu2 band kan.....so lepak sudah. Tengok takat ni je. Hahaha. About indie scene, aku dah delete dalam kamus hidup aku walaupun aku minat Hujan sampai sekarang. That's all for tonight

-firefireofthewall-

Tuesday, May 24, 2011

I Need To Move On.Life oh Life....

Sephia malam ini ku takkan datang
Mencoba tuk berpaling sayang
Dari cintamu...
Oh Sephia malam ini ku takkan
pulang tak usah mencari aku...
Demi cintamu
Hadapilah ini...kisah kita takkan
abadi...

S'lamat tidur kekasih gelapku...
S'moga cepat kau lupakan aku
Kekasih sejatimu takkan pernah sanggup
untuk melupakanmu

S'lamat tinggal kasih tak terungkap
S'moga kau lupakan aku cepat
Kekasih sejatimu takkan pernah sanggup 
untuk meninggalkanmu

Sephia jangan pernah panggil namaku
bila kita bertemu lagi di lain hari
Hadapilah ini kisah kita takkan abadii...




Humboih.....bukan main jiwang lagi en.tapi tu la kenyataannya.aku dengan Isabella aku tu dah bawa haluan masing2 pun.mula2 sebab kami jarang ada masa bersama,lagipun aku penat sangat nak layan dia nonstop so bila dia buat perangai,keluar dengan kawan aku berdua je dan lalu depan mata aku tanpa rasa segan silu,aku decided,THAT'S IT! sampai situ je la,aku dah tak ada semangat sebenarnya nak tarik dia keluar agama since dia kata dia dah sampai sakramen penguatan tu.so aku pasrah,biar je la apa yang telah terjadi.Allah knows best.lagipun dengan dia la banyak kali aku yang hilang pegangan -_-''


Sumpah sebenarnya memang kecewa ah,tapi nak kecewa2 sangat pun buat apa kalau tak ada future kan?jadi aku putuskan untuk bergerak kedepan.macam mana kita nak bergerak kedepan kalau asyik berpaling kebelakang kan?sebenarnya sebelum aku putuskan hubungan dengan dia aku dah dapat bau future girlfriend aku.hahahahaha.....bodoh gila statement.so kali ni aku nak ceritakan pasal girlfriend aku yang saaaangat aku cintai.maybe now,maybe forever,only god knows.tapi aku tak rasa macam aku mudah lepaskan dia,sebab dia 10/10 dari kriteria wanita idaman yang aku nak :)


kriteria wanita idaman aku?
- berpegang pada agama.
- sedap mata memandang
- beradab,perempuan sekarang kan selamba je mencarut2 bagai.
- aktif bersukan so akan ada body yang cantik hahah.
- tak mengarah aku,at my side :)
- listen to my songs.
- shorter than me.
- tak berkira.
- tak perlukan 24hours layanan.
- and most importantly,love me so much <3


kalau ikutkan over sangat ke wish aku ni?mula2 aku rasa macam lebih2 juga tapi it all changed bila aku dihantarkan seorang gadis yang memenuhi semua ni. :)
And she came with a story.aku baru kenal dia tahun ni,2011 tapi sebenarnya dia dah kenal aku sejak aku sekolah rendah (2005 kot).i seriously have no idea how did that happened as she was never there in my memories. Tapi bila ingat balik nama dia, aku rasa aku pernah dengar masa sekolah dulu.
aku dah tahu kisah dia since ex aku tiba2 tanya aku 1 soalan kat facebook-


she: sid ada tak budak nama C add kau?
me: ada.kenapa dengan dia?
she: kau approve la dia,dia kawan aku.
me: oh?okay.


then aku approve. C ni jarang online so kadang2 je komen sampai la satu masa tu macam tergaduh la juga dengan dia kan.sampai dia block aku tu...tak lama lepas tu ex aku hantar mesej lagi-


she: sid kau gaduh dengan C eh?
me: haah,kenapa?
she: kau nak tahu something tak?
me: apa?
she: sebenarnya C tu minat kau since before kita couple lagi.since kau form 4.
me: (terkedu) hah?seriously? aku tak pernah kenal pun dia....
she: memang kau tak kenal dia,sebab dia tak cerita.masa kitorang sekolah dulu dia selalu tunjuk gambar kau kat aku.gambar masa kau form 1 sampai form 5.tapi aku senyap je sebab kita tengah couple masa tu.
me: okay yang tu serious aku terkejut.dammit,macam mana aku boleh tak tahu?
she: kau pujuk la dia balik.
me: tapi apa pasal aku cari page dia tak jumpa pun?
she: dia dah block kau,memang la tak jumpa.kau add la dia balik.
me: okay aku add balik (semangat...hahah)


then tak lama lepas tu dia pun approve and said sorry pasal haritu.kitorang pun carry on berkawan macam orang lain.aku tak ingat macam mana aku bagi nombor atau dia yang bagi nombor kat aku.so kadang2 mesej dengan dia juga.one thing yang aku suka pasal mesej dengan dia,berzaman baru dia reply.so tak ada la kering kepala otak aku nak reply apa....huhu....macam ex aku sebelum ni,baru seminit tak reply dah macam2 mesej dia hantar.kalau YM tu entah berapa juta buzz dia letak en....
aku tahu dia minat aku en dan dia always macam excited sangat kalau comment dengan aku.kat wall dia aku selalu perasan kawan2 dia komen2 pasal harap2 that guy yang C minat tu (aku kot) supaya perasan dengan signs yang dia bagi.to be frank,mula2 aku doubt juga yang is she actually talked about me in her posts?then aku just carry on dengan benda2 sama je dengan dia.takut2 i'm not her prince charming.one thing about aku,aku dengar banyak sangat lagu dan aku suka share dengan orang.so aku share la juga dengan dia.mula2 lagu2 best je yang aku bagi,lama2 try cucuk jarum sikit sebab sedar tak sedar aku pun fell for her...hahah kelakar je....then aku mula bagi dia dengar lagu2 yang sama genre tapi yang sweet2 sikit, macam Dear Child and She Loves Me So by Anthony Green.she took them positively and i was surely delighted :)


to make it short,then banyak sangat lagu aku bagi sampai aku post something kat wall dia which sounds like this 
"i wish i can give you my songs album.hahah.
there's just too much to listen to."
then komen2 la macam biasa en,sampai tiba2 akal aku nak tulis benda yang triggered the whole thing....it goes like this-

(before)
she: i hope so too :)
me : drag your external hard disk here then.
she: NAH! dapat? LOL
me : eh kat mana?tak ada pun.
she: ada dalam beg kau tu,cuba cek.LOL
(then)
me : oh kejap....i got a real weird feeling about this....
she: let the weird feelings go...hahah
me : but i love it...:)
she: i love it too. :)
me : what's your 'it'?
she: you
me : now that's weird...
she: let the weird feelings go...hahah (copy paste)
*i know she would feel down when she typed this but that wasn't my intention
me : because my 'it' is as same as yours :)
she: thank you for letting me know.lol. but my 'love it' is more than yours.
me : means?
she: i love you moreeeee...:)
me :whoah...(heart stops beating)

hahah....bajet sweet pula an....tapi tu la hakikatnya :)
i can't help but smile every time i read that post.and that's how i stole her entire heart <3
now dia dah sambung belajar kat sebuah kolej kat negeri sembilan.aku harap sangat aku akan lebih dapat pelihara diri aku bila bersama dia dan harap2 aku kekal dengan dia selamanya.Amiin.

that's it for now,assalamualaikum.

NHA I LOVE YOU :)