macam2 benda dah aku hadapi sama2 motor kesayangan aku ni.
accident, cornering, konvoi, rombak highway.
makin lama makin banyak ragam pula. hai macam manusia juga la.
berapa banyak benda standard dah keluar dari badan dia.
1.sport rim (dah tukar rim 125z 6batang)
2.warna coverset (nak buat ironman tapi still separuh siap)
3.footrest (yoshimura racing footrest)
4.undertail (lent automodified)
5.rearhugger (lc 5speed punya)
tu je la setakat yang ada duit.
dari kesan accident, berapa ribu dah duit aku habis, hamlau betul. fork dah 2kali bakar dah.
mudguard baru nak pasang tapi kena modify sikit pula.
fenderless pun ingat nak masuk asal balik, tak sedap ah pakai barang modify ni, banyak songeh.
wishlist untuk belang:-
1.seat (nampak sporty sikit) (RM150)
2.footrest Racing Boy (yang sekarang ni brek belakang tak function) (RM350)
3.kepala Suzuki Raider (belang 1st model yang tak ada kat Malaysia) (RM100)
4.ekzos Yoshimura (barang luxury untuk belang) (RM800)
5.stiker Raider (bosan je motor tak ada stiker) (RM100)
6.carburator PE28mm Honda NSR (laju sikit) (RM300)
tu je la kot. kalau siap semua ni mesti cun gila wa cakap lu.
satu benda pasal belang ni, cc dia 150. bukan takat2 motor biasa dah. sebab tu aku tak hairan nak pakai fullface naik belang. motor laju kot (walaupun haritu kena tapau dengan 125 sebab condition motor tak best).
bila la duit akan cukup? mungkinkah masa aku dah kerja? hahah. chill dah la, pakai yang ada dulu. apa2 pun wishlist kena ada.kalau tak ada target macam mana nak teruskan hidup kan? hahah.
No comments:
Post a Comment