Monday, October 31, 2011

Seorang

Korang pernah alami hidup seorang diri?
Tak ada kawan.
Jalan seorang-seorang.
Makan seorang-seorang.
Semua benda seorang.
Lecturer pun tak kenal korang.
Pernah korang rasa down?

Jangan la rasa down, sebab aku tak pun. Padahal aku alami benda ni tiap hari, sepanjang semester.

Nak describe sikit la pasal aku ni. Aku tak tahu la apa pendapat orang terhadap aku, aku just tahu yang kebanyakan views aku tak sama dengan orang lain. Pendapat aku jauh menyimpang dari orang lain. Aku pun tak banyak cakap, kecuali kalau dapat geng yang memang satu kepala macam housemates aku. Dalam batch aku yang seramai 105 orang, aku rasa tak sampai 30pun yang rapat dengan aku. Nak kata diorang skema, ramai juga la yang skema. Tak kurang juga yang kepala gila. Aku boleh terima yang kepala gila ni sebab memang best layan diorang, happy go lucky je. Tapi sometimes diorang ni melampau sangat, macam tak matang pun ada. Tu yang buat aku tak berapa suka cara diorang dan juga sebaliknya. Aku sangat tak famous dalam batch aku. sampai ada lecturer yang tak kenal pun aku ni siapa walaupun sebelum-sebelum ni aku agak menonjol, dan sekarang aku dah sem 3. Memang la orang tua ni kepala dia fikir kat 2 jenis orang je. Yang hebat, dan yang suka tarik perhatian sedangkan aku tak tergolong dalam mana-mana side.

Walaupun macam tu, aku tak rasa ada masalah pun. Ye la, bila difikirkan balik, kita lahir kat dunia ni dengan satu nyawa, lahir pun seorang diri. Kalau tak boleh survive hidup seorang, baik mati la.... Maksud aku kat sini, sangat-sangat tak patut untuk kita hidup bergantung pada orang lain. Tak salah bergantung, macam aku yang selalu ada masalah kewangan ni, aku bergantung juga dengan parents aku, housemates kalau tak ada duit. Yang aku maksudkan sini jangan la sampai kita tak boleh hidup tanpa orang lain. Tu tak pasal-pasal dah masuk kategori menyusahkan orang pula. Lain pula ceritanya tu.

Ah come on la, ada je orang yang buat records gila-gila kat dunia ni; keliling dunia seorang-seorang, tawan everest seorang-seorang, tak ada masalah pun. Tuhan dah ciptakan kita ni cukup sifat dan ada akal, so bear with it. Buat apa yang terbaik untuk diri sendiri. Hidup untuk meneruskan perjuangan, bukan untuk menumpang belakang kuda orang sepanjang perjalanan kehidupan.

Orang macam aku ni orang tak berapa suka sangat (kot) sebab philosophical sangat, sedangkan aku hidup dalam masyarakat yang tak la tinggi mana taraf mentalitinya jika dibandingkan dengan cendekiawan-cendekiawan lain. Aku tak kata aku pandai, tak, cuma aku ada cara berfikir orang pandai, Aku ni malas juga nak tuntut ilmu, tapi sekali aku dapat ilmu tu, aku guna baik-baik. Ye, pemikiran kami sangat berbeza, tu yang orang tak boleh terima aku. Korang yang baca entry ni pun confirm menyirap je kan baca apa aku conteng ni. ahahah. cool la, jangan serius sangat.

Apa-apa pun aku tetap happy dengan hidup aku. Pelik pelik pun ada orang yang sayangkan aku :)
Orang kata benda kat internet ni tak ada yang betul, tapi kalau korang kenal siapa aku, korang judge la sendiri betul tak betul.

live happily, die happily.

-firefireofthewall-

Friday, October 28, 2011

Apa Masalahnya?

aku benci rahsia.

kalau boleh aku nak semua orang tahu apa yang ada pada aku sebenarnya. Aku tak nak menyorok.
Sometimes bila orang yang paling rapat dengan korang berahsia dengan korang, mesti sakit kan? I know how painful it is. Aku sendiri alami. Orang yang paling aku sayang ni jenis tak suka cerita straight forward. Ada je benda dia sorok. Tapi sayang punya pasal kan, aku rilek je la. Asalkan dia sayang aku sudah.
Sebenarnya aku ada juga sorokkan perasaan aku. Bila aku tengok gambar dia dengan lelaki lain, kawan2 lelaki dia yang lain macam kat wall dia, senior2 dia yang cuba gugat kedudukan aku. Tapi aku tak kisah lagi, sebab aku tahu KESETIAAN tu ada dalam darah dia :)

cuma..... faham la kan, adat la cemburu2 tu..... kalau tak cemburu maknanya tak sayang la. Sekarang ni aku sayang sangat2, so faham2 la cemburu aku macam mana. Cuma aku ni jenis pandai sorok emosi. HAHAHA.
Serius weh, bilamana aku ada expose pasal emosi aku, tu maknanya aku memang nak ada orang faham. In other cases, aku tak nak orang tahu pun. Aku lagi suka expose diri aku pada alam ni, tak menyusahkan orang.

Benda yang aku cukup tak berkenan sekali ialah MENYUSAHKAN ORANG

apa yang aku nak dalam hidup aku sekarang ni ialah kawan2 yang sama gelombang otak dengan aku, dalam erti lain, faham apa yang aku rasa, dan aku cuma ada beberapa ketul je kawan macam tu.

Aku pun dah hilang fokus nak tulis apa dalam entry ni. Ah, apa pun yang berlaku, APA MASALAHNYA?
aku harus rilek dan nikmati hidup :)

selamat malam dunia <3

(: NAA I LOVE YOU :)

-firefireofthewall-

Si Belang ;D

Assalamualaikum,

lamo bona pakcik tak jonguk blog nia... ontah apo ghoman eh skang......

hahah. sebelum ni aku ada post pasal dilema motor tu kan?
Dengan ini, saya dengan bangganya mempersembahkan......



SI GEMOKK!!!

eh, kejap kejap


SI BELANG!!! :D


woohoooo!!!! dari first time aku baca review dia kat paper masa sekolah dulu, (form 4 ke form 5 entah) aku dah gila kat benda ni dah. Serius mesin ini sangat kencang dan menggiurkan. Seksi gitu......YEAHIHI. Nak dijadikan cerita, aku tak pernah bawa motor clutch tangan ni. Tapi sebab minat gila punya pasal, tak ada aku belajar deh, sebab tak ada motor clutch pun kalau aku nak belajar, so aku belajar dalam mimpi je. Sumpah tak tipu aku pernah berapa kali mimpi bawa motor ni, main2 clutch, lebih2 tu aku praktis bawa kereta manual. Masa nak beli tu puas satu town aku pusing, riki harga yang paling best. Price range dia from RM7600-RM9000. Kedai yang nak tolak 9K tu sumpah kimak. Entah apa bodohnya entah nak tolak mahal2. Gilo mak pak eh..... Mula2 ayah suruh beli LC, aku usha la LC clutch juga, tu pun harga dah 7K. Bila mak aku dengar beza RM600 je, dia kata 

"kalau takat RM600 je bezanya kau ambil je la belang."

Sumpah, aku dah terbang sampai Beaufort, Sabah masa aku dengar mak aku cakap macam tu. Happy gila weh, seminggu senyum aku tak turun. Makan pun susah. Esoknya tu mak ayah aku balik dari kursus, kitorang terus pergi kedai tu, deal. Mak aku bayar cash (total on the road RM8050.00) sebab malas tanggung hutang installment. Tu pun kad kredit weh, bukan duit tunai. Ingat abah aku CEO microsoft ke. Dah settle semua, cina tu kata boleh datang esok ambil motor.

Keesokan harinya,
(serius malam tadi aku tak tidur)
Sampai2 kat kedai je cina tu cakap

"motor belum settle la, isnin baru boleh dapat"

masa tu hari sabtu. Dalam hati aku dah down gila2 dah.

"adalah, saya main2 ja. hikhik"

Tak guno cina ni, nak game aku pula -_-'''. Tak apa, gua rilek. Dah settle semua, aku text kawan aku.

"weh, motor clutch kalau gear 1 tak boleh lepas clutch habis kan?"

Punyalah noob.....itu pun tak tahu. Seumur hidup tak pernah bawa motor clutch, tiba2 dah ada sebiji. Dengan muka yakin aku pun masuk gear satu dan bla. Nasib baik selamat sampai rumah. huhu. Esoknya terus angkut naik Triton balik kajang then hari kedua aku memiliki motosikal itu, aku menunggangnya di bandaraya kuala lumpur. Tuhan saja yang tahu betapa gentarnya aku bawa motor tu kat jalan sesak. Dah la tak mahir lagi. Akhirnya aku dah berjaya menguasai motor tersebut, sekarang aku seorang kaki Roket.
itu lah kisahnya, sekian :)

-firefireofthewall-