11.50pm 18/1/2012
Akhirnya kau online juga sayang. Happy birthday sayang , dah tua girlfriend kesayangan aku ni rupanya....hahah.
Semalam kau kata tak ada kredit, dan memandangkan aku pun tak ada kredit, memang payah la nak contact kau pun. Dari balik kelas sampai sekarang aku tunggu. Tak apa la, busy agaknya, dengan meeting blok la bagai, it's okay with me dear :)
Nak dengar satu cerita? Cerita pasal seorang budak yang desperate nak raikan birthday orang tersayang dia. Ada la seorang budak ni, masa cuti (disember) punya la beriya fikir nak celebrate birthday girlfriend dia macam mana. Nak kasi grand tak ada orang boleh lawan punya. Dah la tak dapat kerja, duit elaun pula semua ada kegunaannya. Paling malang budak tu elaun degree dia keluar lambat, even now pun belum keluar lagi. So punya la mati akal fikir apa nak buat, apa nak bagi. Dia tanya girlfriend dia apa yang girlfriend dia tu suka, katanya kamera Fujifilm Instax, macam ni -
Sebut la kat celah mana pun, semua dia dah cari, dah nak bajet2 dah tapi bila masuk semester baru, tahu la perbelanjaan macam mana....So terpaksa digunakan dulu duit tu. Lama tu weh, dari 17 december sampai la about 10 january. Suddenly tinggal seminggu je lagi.....apa nak buat ek? Merata budak ni tuntut ilmu dengan kawan2, tanya sana, tanya sini, penyudahnya idea banyak tapi duit memang OUT.
Sampai 2,3hari before birthday girlfriend dia, masa lepas solat tiba2 datang satu idea untuk bagi hadiah yang tinggi nilainya dari sudut lain, bukan harta semata2. Bersungguh2 dia pusing satu pekan cari barang nak siapkan hadiah tu. Dah siap beli barang2 kat kedai alat tulis untuk buat kad, pergi kedai bunga pula. First time seumur hidup dia masuk kedai bunga tu. hahah. Macam bangang je masuk kedai tu. Dah beli, (sekuntum je pun) masuk bunga tu dalam beg, then terus start motor, balik rumah. Balik2 je terus menggelabah dia bongkar almari cari alat tulis, tools semua, then bertungkus lumus buat kad tu sampai maghrib, daripada pukul 4.
Dah siap kad kena tulis wishes lagi, memerah otak kejap budak tu. Mula2 dia fikir, ish malu gila nak bagi hadiah bunga setangkai dengan kad 3keping, apa benda ni??? Then dia chill, lepas solat maghrib dia terfikir, "kalau aku doakan kesejahteraan dia, baca yasin untuk celebrate birthday dia, kan bagus. daripada nyanyi2 je macam bodoh tapi tak mendoakan pun, dari wish2 macam tu je, baik aku minta direct kat tuhan."
Then lepas siap semua hadiah, dia pergi ambil wuduk, solat sunat hajat 2rakaat. Dalam sujudnya-
"Ya Allah ya tuhanku, kau kurniakanlah kesejahteraan kepada _______ di dunia dan akhirat. Limpahkan rezekinya ya Allah, kurniakan kesihatan yang berpanjangan padanya, kuatkan semangatnya menempuhi pelajaran, dan rahmati kami, pertemukan kami jika dia jodohku ya Allah."
Lama juga dia sujud tu, doakan mak ayahnya sekali, seluruh umat Islam, kawan2 yang nak kena ambil paper ulangan dan diri sendiri. Selesai solat, dia ambil yasin tu dan dibacanya seorang diri. Kalau orang lain tengok mesti pelik, apa kegilanya budak ni baca yasin malam selasa? Peduli apa dia, yasin bukan boleh dibaca pada hari tertentu, bila2 pun boleh laa. Selesai yasin, dia ulang doa yang sama macam dalam sujud tadi dan menyudahkannya. Terus dia bergegas pergi ambil bunga ros yang dia simpan dalam peti, pack semua hadiah, masuk dalam beg, naik motor dengan kawan dia dan bla meneruskan rancangan.
Plannya macam ni (supposedly), 10minutes before 12 dia akan call girlfriend dia dan sampai pukul 12, dia nak nyanyikan lagu birthday dan pada masa yang sama, orang yang bersekongkol dengan dia ni akan hantar hadiah tu on the spot masa dia tengah nyanyi tapi plan kurang smooth sebab ramai sangat nak surprise dia masa tu. so macam dah habis lagu pun, still kawannya tu tak masuk2 bagi hadiah. call ends. Sebagai tambahan, budak tu dah tak merokok lagi, sebagai satu hadiah juga. so kesimpulannya, budak yang pokai tu berjaya bagi beberapa hadiah kat girlfriend dia tu-
1.kad sebagai seorang kekasih.
2.kad sebagai seorang murid.
3.kad sebagai seorang penjaga.
4.solat hajat.
5.bacaan yasin dan doa selamat.
6. sekuntum mawar merah.
7.sekeping dvd (burn punya je pun)
8.berhenti merokok
9.sincerity :)
so ada lebih kurang 8hadiah budak pokai tu berjaya bagi. Ini tuhan nak tunjuk, kalaupun tak ada duit sangat, idea tu macam2 ada dan hadap la tuhan dulu sebelum buat apa2 pun.
yang paling penting sekali, budak tu buat semua ni Lillahita'ala, dan kerana cinta dia pada budak perempuan tu. Ini kali pertama dia buat kad birthday sendiri, kali pertama masuk florist beli bunga, kali pertama rasa susah hati sebab tak tahu nak celebrate macam mana, dan kali pertama dalam hidup dia yang dia komited buat semua ni.
budak tu kata, dia cintakan girlfriend dia sangat. Lantak la apa jadi pun. Kalau bukan jodoh, itu je la mungkin sebab pisah, kalau tak dia akan cuba bertahan semampunya.
sesungguhnya keikhlasan itu lagi tinggi nilainya dari segunung emas yang tidak diikhlaskan.
aku la budak tu.
-firefireoffthewall-